Internet: Kelas Mencari Maklumat di Internet Pelajar Tingkatan 5 SMK Semop (Bahasa Melayu) & KDB

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Oktober 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran pelajar tingkatan 5 SMK Semop untuk Mencari Maklumat di Internet untuk matapelajaran bahasa melayu. Kelas tersebut bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2:00 hingga 4.00 petang. Seramai 4 orang peserta yang berumur 17 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 5 serta bakal menduduki peperiksaan SPM 2019.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali